Santai Hari Minggu Bersama Nasi Ayam

on Khamis, 12 Februari 2009

Hari minggu yang lalu...sempat juga merasa masakan nasi ayam seorang sahabat....
alhamdulillah..... nikmat nya terasa..... saya sempat merisik resepi untuk di cuba di rumah (orang bujang juga mesti tahu memasak...biar mudah mengurus hidup, masak untuk perut sendiri sahaja)

berkesempatan ke Sungai Petani...jangan lupa mencuba Nasi ayam yang jugak tak kurang hebat di Radix Organic Recipe......Nasi Ayam yang lazat, dihidangkan dalam pinggan yang bercirikan Jepun/CHina/Korea.... regu pula dengan iCe Blended Radix Koko..... (jika suka, terdapat pelbagai jenis iCe blended perasa Kordial Keluaran HPA)... sempat bertukar-tukar gelas ice blended dengan rakan-rakan, jadi sudah pun merasa kenikmatan ice blended Pink Guava, dan Kurma....paling saya gemari (markah penuh) Ice Blended Radix koko (minggu ini sahaja sudah 3 gelas selamat bersemadi dalam perut ini..alhamdulillah)........ terletak bersebelahan dengan Hotel El Zahra yang masih dalam proses pengubasuaian....... dan terletak sebaris dengan Bank Islam Sungai Petani..........

saya ingin kongsikan resepi nasi ayam yang sudah di cuba....(maaf tak sempat nak upload gambar)

Nasi Ayam Organic HPA
Bahan-bahan ( 6-8 orang )


Untuk rebus
-1 ekor ayam organic HPA dipotong ikut suka besarnya
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk

Untuk perap
-1 sudu besar kicap pekat
-1 sudu besar sos tiram
-1cm halia
-2 ulas bawang putih
-sedikit kicap cair

Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam bukit Halagel.


Untuk sup
-lebihan air rebusan ayam
-1 biji bawang besar kisar
-sup bunjut adabi
-garam bukit Halalgel
-daun sup yg dihiris.

Cara-Cara
1)Ayam dipotong ikut suka besarnya ..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

2)Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

3)Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

4)Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, sup bunjut, garam dan daun sup tadi.

Resepi Sos Merah

Bahan sos
-5biji cili merah
-5 ulas bawang putih
-2cm halia
-1 sudu teh cuka, garam bukit Halagel, gula
-1/2 cawan air
-1 sudu Besar Sos Cili HPA
-1 1/2 sudu besar Sos Cili Thai HPA
-1 sudu besar Sos Tomato HPA

Cara-Cara
1)Kisar cili merah, bawang putih, halia dengan air.
2)Campurkan dengan Sos-sos HPA, dan tambah cuka, garam dan Gula
3)Masak sebentar

Resepi Sos Hitam
Bahan-bahan
-Satu sudu teh gula
-Kicap pekat (ikut kepekatan yang di ingini)
-satu sudu teh minyak bijan
-2 camca sos soya (light)
-100ml Rebusan ayam.
-Cili api (ikut pedas)

Cara-cara
1)Campur dan kisar bahan sehingga sama rata (kecuali kicap pekat).
2)Masukkan kicap pekat .
3)Kacau sebati

Selamat mencuba sambil bersantai di hari minggu, rapatkan ukhwah sesama keluarga/sahabat

0 ulasan:

Catat Ulasan