SPA di rumah

on Selasa, 5 Julai 2011

Perawatan SPA semakin hari semakin mendapat sambutan hangat dikalangan kita... jadi jom kita cuba buat sendiri garam SPA di rumah
Bahan yang pertama...Garam Halus seperti di atas...lagi elok kita guna garam bukit kerana khasiatnya yang pelbagai...kalau tak ada garam bukit garam makan halus pon boleh...jika nak skrub pada kaki boleh juga guna garam kasar.


Kulit Oren jangan di buang...jemur kering dan kisar halus....jika nak mudah lagi..boleh guna sisa buah dari jus extractor...jus kita minum, bakinya kita ambil buat skrub



Serbuk kopi pula dapat membantu proses detox dan berfungsi sebagai agen membuang selulit...


1)Senang sahaja caranya...campur semua bahan kering (Garam, Kulit Oren/Sisa Jus,Serbuk kopi) mengikut citarasa.


2)Kemudian campurkan minyak masak/minyak zaitun/minyak bayi/Minyak But-But HPA/Minyak Pati Sepang HPA dengan bahan kering pada langkah 1.


3)Pastikan anda dapat satu campuran yang seimbang antara minyak dan skrub..


4)Skrub sudah sedia untuk digunakan seisi keluarga.

Lagi produk yang menjadi pilihan...

on Khamis, 23 Jun 2011

Lama benar tak singgah di halaman yang semakn bersawang dan berhabuk...tuan rumah sibuk tak terkata...sibuk sehinggakan tak sempat nak kemas kini blog.... harap apa yang ada di bawah ini dapat dikongsi bersama
Vox dan Bam Panas...kegunaan meluas bagi seluruh isi rumah...Bam Panas untuk si ayah yang sakit-sakit sendi dan lenguh urat. Vox untuk adik yang selsema....mengandungi Minyak But-but, sejenis minyak yang agak popular penggunaannya dikalangan ahli HPA.



Ilham dari Surah At-tin...ispirasi dalam penghasilan set dari Zaitun....Ekstrak daun Zaitun digunakan dalam Pembersih Busa untuk wajah (Cleansing Foam) manakala minyak zaitun gred terbaik digunakan dalam Losyen Muka dan Badan. Sesuai untuk pengguna berkulit sensitif. Losyen pula boleh digunakan pada bayi kerana bebas bahan yang tidak sesuai pada bayi seperti PEG, dan PG. Alternatif kepada pencarian bahan alami dan apakata anda berikan peluang kepada HPA yang produk keluarannya mampu memberikan kualiti terbaik dan selamat digunakan.



Skrub atau lulur merupakan tradisi yang tak dapat dipisahkan dari masyarakat melayu....apakata kita berkongsi cara menghasilkan skrub di helaian akan datang?



Lagi Skrub untuk dikongsikan.....



Syampu HPA mempunyai 5 variasi..


1)Shampu Rosa -dari bunga raya yang sangat melembutkan rambut dan menjaga kesuburan rambut.


2)Shampu Aquatika - untuk pengguna yang mempunyai masalah kelemumur berasaskan Kangkung.


3)Shampu Centella - dari pegaga untuk khasiat rambut beralun.


4)Shampu Papaya - dari enzim Betik untuk membaiki rambut rosak.


5)Shampu Aromatherapi - Kesegaran Pudina untuk terapi aromaterapi. Kepala yang berat dan sarat dengan aktiviti harian akan lebih ringan serta bertenaga selepas bershampu dengan shampu yang dingin pada kulit kepala.