Rangkaian penjagaan diri lelaki yang beraroma maskulin.....MENAWAN

on Khamis, 14 Mei 2009

Setiap pagi, pasti terhidu bauan yang sangat mengasyikkan..... nak tahu bau apa?..herrmmm... bau itu datang dari si suami tercinta yang sedang bersiap-siap ke tempat kerja....demi suami tersayang, sebulan pasti 2 botol talkum IJK HPA mesti disediakan.......tertarik dengan aroma ber aura kan maskulin, "baba" menjadi pengguna setia rangkaian toiletteries lelaki dari HPA........ tak cukup dengan "baba", ayahanda yang dikasihi di kampung juga setia dengan haruman Talkum lelaki IJK HPA...........memang memikat aroma maskulin talkum IJK HPA ni.... harganya juga berbaloi....sesuai dengan bajet yang semakin sempit sempena kegawatan ekonomi...sesuai untuk remaja lelaki hinggalah lelaki dewasa...... bak kata salah seorang pengguna setia talkum ini dari Indonesia "menawan sekali haruman talkum ni"....alhamdulillah....


mandian yang juga dari kumpulan haruman yang sama, didatangkan dalam botol yang cantik dan sangat ideal untuk dibawa ke mana sahaja....cangkuk pada botol itu memudahkan pengunanya menyangkut botol mandian 2 dalam satu ini di shower......memang memudahkan....juga lengkap untuk mandian dari hujung rambut hingga hujung kaki.......

Santai petang dengan ais krim toyyibah HPA

on Rabu, 6 Mei 2009



Santai hari minggu bersama adik-adik di kampung sangat menghiburkan hati…memandang hari-hari yang dilalui agak mencabar serta memerlukan komitmen yang sangat tinggi….namun, kesempatan pulang ke kampung bersama suami dimanfaatkan sebaik mungkin….

Sesekali pulang ke kampung, adik-adik minta dimanja…mahukan perhatian dari kakak sulung mereka…. Adik-adik juga sebahagian dari tanggung jawab, walaupun ayah dan mak ada untuk mendidik adik-adik, tugas melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang dan cukup didikan tidak pernah diletakkan ke bahu mak dan ayah……sebagai anak sulung, segala permasalahan adik-adik tetap diperhatikan dan dipantau sentiasa, terutama adik bongsu Isya yang dah mula melangkah ke alam pra remaja, melihatkan gaya pakaian Isya, terbit rasa terharu di hujung hati mengenangkan si comel yang petah itu memakai tudung, bila ditanya…..jawapannya mudah sahaja “ini kan perintah ALLAH”……tersenyum bangga mak dan ayah mendengar jawapan Isya, harap Isya akan istiqomah dengan tudungnya…..

Petang adalah waktu aku bersantai dengan adik-adik….berkongsi hobi yang sama dengan suami, memasak ……..menu petang itu juga menarik untuk mood bersantai …….

Jika di Restoren Makanan Segera, ais krim dihidangkan pelbagai gaya dan rasa….versi kami suami isteri pula berbeza….selera orang kampung mungkin…..lebih menyeronokkan jika anak-anak kecil turut sama membantu di dapur......Merapatkan ukhwah..teringat di zaman bujang, ketika membuat sandwich dibantu Isya......sangat menyeronokkan... sambil bergelak ketawa keriangan, ilmu juga diperolehi....paling manis....kenangan bersama terisi dengan penuh bermakna

Ais Krim HPA ala crunchy
Bahan-bahan:
(1) 2 keping biskut berkalsium tinggi (bersaiz biskut kering) dipatah-patahkan sebesar bijirin sarapan pagi
(2)1 sudu besar badam/kacang tanah (dicincang)
(3)1/2 sudu besar kismis (dicincang)
(4)3 scoop ais krim toyyibah HPA

cara-cara
1)masukkan (1) dan (3) kedalam mangkuk kecil (individu)
2)Scoop ais krim ke dalam mangkuk
3)Hiaskan (2) di atas ais krim…
4)Nikmat ais krim lebih terasa apabila semua bahan digaul bersama….boleh ditambah potongan kecil pisang emas jika suka

selamat mencuba….